Ke arah pembangunan sektor tenaga yang lestari, satu mesyuarat bagi membincangkan pembangunan Sistem Solar Terapung di bawah program solar berskala besar atau Large Scale Solar (LSS@MEnTARI) diadakan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, hari ini.
Mesyuarat dipengerusikan Pengarah JPS Johor, Ir Che Mohd Dahan Che Jusof. Turut hadir Ketua Eksekutif Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Lukman Abu Bakar; Penasihat Cypark Resources Bhd., Dato’ Ir Dr Hasnul Mohamad Salleh dan Dato’ Dr Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim.
Hadir sama, Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek PDT, Azman Jaafar; Timbalan Presiden Korporat dan Kewangan PDT, Dzulkifli Hassan; dan Ketua Perancangan Korporat Cypark Resources Bhd., Kamal Areif Mohamed Saleh.
Semoga perbincangan ini dapat menghasilkan kerjasama yang positif dalam usaha merancakkan pembangunan industri pembekalan elektrik di Johor, khususnya industri tenaga boleh diperbaharui.