40 keluarga di Mukim Tanjung Kupang menerima Kotak Makanan menerusi program Bantuan PKP 3.0 anjuran Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan kerjasama Kelab Kakitangan PDT.

Sumbangan disampaikan Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor Azmi Md Omar kepada Penghulu Mukim Tanjung Kupang, Mohamad Faiz Mohd Pandi dan ketua kampung yang terlibat.

Bantuan barangan keperluan asas tersebut diagihkan kepada kumpulan sasar yang terjejas dan hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.