Sejumlah 100 Kotak Makanan PDT disalurkan kepada penduduk di sekitar Pasir Gudang.
Kotak makanan yang mengandungi barangan keperluan asas itu disalurkan menerusi Gerakan Belia 4B untuk diagihkan kepada penduduk terjejas terutamanya hilang punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Penyampaian sumbangan disempurnakan Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor Azmi Md Omar kepada Setiausaha Kehormat Gerakan Belia 4B Pasir Gudang, Khairul Anuar Mohammad, pada 1 Ogos lalu.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka yang terkesan.