Setiap daripada kita selayaknya menyambut ketibaan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan. 

Oleh itu, diharapkan program Sinar Lebaran PDT yang diteruskan pada tahun ini sedikit sebanyak dapat memberikan keceriaan kepada golongan yang memerlukan.

Semalam, seramai 100 keluarga dan 100 anak yatim yang tinggal di PPR Sri Stulang, PPR Sri Iskandar, PPR Kempas Permai, PPR Desa Mutiara dan RSK Larkin, Johor Bahru telah menerima bantuan menerusi program Sinar Lebaran PDT.

Bantuan berbentuk barangan keperluan dan wang tunai tersebut disampaikan oleh Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar kepada para penerima.

Ia adalah sebagai persediaan kepada mereka bagi menyambut ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Terima kasih kepada pihak Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor atas kerjasama dalam penyaluran sumbangan ini.

———

Each of us deserves to welcome the arrival of Aidilfitri with joy.

In that spirit, PDT’s annual Sinar Lebaran program hopes to provide some cheer for those in need.

Yesterday, 100 families and 100 orphans living in PPR Sri Stulang, PPR Sri Iskandar, PPR Kempas Permai, PPR Desa Mutiara and RSK Larkin, Johor Bahru received donations through the program.

The aid, which came in the form of basic necessities and cash as preparation to welcome the arrival of Aidilfitri in the coming days, was handed over to the recipients by PDT Deputy President of Communications, Administration and Human Resources, Noor’ Azmi Md Omar.

We would like to convey our sincere appreciation and gratitude to the Johor State Housing Development Corporation for their cooperation in making this program a success.