Pembudayaan Integriti
(Enculturation of Integrity)
Melalui slogan ‘Pembudayaan Integriti’ kami percaya bahawa setiap kakitangan PDT adalah komponen penting di dalam membentuk persekitaran tempat kerja yang berintegriti tinggi dan sifar rasuah.

PEMBUDAYAAN INTEGRITI | ENCULTURATION OF INTEGRITY
PEMBUDAYAAN INTEGRITI
- Di PDT, kami adalah komited di dalam pembudayaan integriti dan pembendungan kesalahan berunsur jenayah rasuah di dalam urusan perniagaan harian kami.
- Melalui slogan ‘Pembudayaan Integriti’ kami percaya bahawa setiap kakitangan PDT adalah komponen penting di dalam membentuk persekitaran tempat kerja yang berintegriti tinggi dan sifar rasuah.
- Ini adalah kerana setiap kakitangan PDT haruslah mempamerkan sahsiah yang tinggi di dalam membendung kesalahan berunsur rasuah untuk membudaya serta menyemai integriti di dalam diri mereka dan kakitangan yang lain.

POLISI INTEGRITI PDT
Selari dengan penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM 2009, Ahli Lembaga Pengarah PDT dan Anak Syarikat Milikan Penuh PDT telah bersetuju untuk mengguna pakai POLISI INTEGRITI PDT sebagai rujukan utama di dalam menetapkan haluan korporat PDT sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang telus dan senantiasa menjaga nama baik Kerajaan Negeri Johor.
Berikut merupakan POLISI INTEGRITI PDT yang diguna pakai di setiap peringkat di PDT untuk rujukan umum :
KOD ETIKA DAN TATALAKU
Polisi yang menggariskan keperluan nilai etika dan tatalaku Kakitangan Kumpulan PDT di dalam melaksanakan perniagaan harian mereka dengan merujuk kepada nilai akhlak dan pematuhan terhadap undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
POLISI PEMBERIAN & PENERIMAAN HADIAH
Polisi yang menggariskan proses pemberian dan penerimaan hadiah daripada mana-mana pihak untuk mengawal selia had pemberian/penerimaan serta kekerapan pemberian/penerimaan hadiah tersebut.
POLISI ANTI RASUAH & PENGUBAHAN WANG HARAM
Polisi yang menggariskan langkah-langkah yang diketengahkan di dalam usaha untuk memerangi sebarang perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan di PDT.
POLISI PEMBERI MAKLUMAT
Polisi yang menetapkan proses aduan sebarang Kelakuan Tidak Wajar dan Kesalahan Tatatertib serta komitmen PDT di dalam perlindungan maklumat pengadu.
POLISI PERCANGGAHAN KEPENTINGAN
Polisi yang menggariskan panduan untuk memastikan segala urusan yang dikendalikan oleh Kakitangan PDT dan Anak Syarikat Dalam Kumpulan PDT adalah bebas daripada sebarang percanggahan kepentingan.
POLISI PENGURUSAN PENGARUH LUAR DAN SURAT SOKONGAN
Polisi bagi mengawal selia Pengaruh Luar dan Surat Sokongan yang menjadi penghalang kepada amalan tadbir urus yang profesional dan berintegri.
POLISI PENGURUSAN KESELAMATAN DOKUMEN TERPERINGKAT
Polisi yang menggariskan prosedur pengurusan dokumen bagi mengklasifikasikan dan melupuskan dokumen sensitif (‘Dokumen Terperingkat’).
IKRAR INTEGRITI KORPORAT


Pelan Antirasuah Organisasi Kumpulan PDT
Buku Panduan Integriti
MS ISO37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS)


PDT telah berjaya memperolehi pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) secara kendiri / in-house tanpa pelantikan konsultan dan menjadikan ia pensijilan ISO pertama yang diperolehi oleh Kumpulan PDT semenjak penubuhannya lebih 30 tahun yang lalu.
SIRIM QAS International Sdn. Bhd. (SIRIM) merupakan badan pensijilan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pengauditan berkenaan ISO ABMS di peringkat Kumpulan PDT. Pensijilan ISO ABMS tersebut berkuatkuasa pada 25hb Oktober 2024 sehingga Oktober 2027.
Sijil Corporate Integrity System Malaysia (CISM)

Corporate Integrity System Malaysia (CISM) merupakan sebuah program anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) yang bertujuan untuk menginstitusikan struktur tadbir urus korporat serta menerapkan nilai-nilai etika dan integriti dalam budaya perniagaan di Malaysia.
Berkuatkuasa pada 24hb April 2024 sehingga April 2026, PDT telah diiktiraf antara sepuluh (10) syarikat di Malaysia yang telah mencapai prestasi 100% dan melepasi proses usaha wajar oleh pihak SPRM.
Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA)

Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA), mengiktiraf sektor awam dan swasta yang komited dalam membudayakan integriti, melaksanakan tadbir urus terbaik dan menerapkan inisiatif antirasuah dalam organisasi.
PDT telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gangsa sempena AIGA 2022. Anugerah ini merupakan anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM), sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang memainkan peranan penting dalam membudayakan integriti dan tata kelola di Malaysia.
Penyaluran Maklumat (“Whistleblowing’’) Berkenaan Kesalahan Berunsur Rasuah Atau Kesalahan Tatatertib
Bantu kami untuk melaporkan sebarang salah laku jenayah rasuah atau pelanggaran tata kelakuan dan etika dalam kalangan warga kerja PDT dan Anak Syarikat Kumpulan PDT. Identiti anda dijamin dan dilindungi di bawah Polisi Pemberi Maklumat PDT. Salurkan aduan anda ke:

Borang Aduan
Memajukan Borang Jabatan Integriti PDT (Kod 003) kepada Jabatan Integriti PDT;

E-mel
E-mel ke aduan@pdt.com.my
atau aduankhas@pdt.com.my
(bagi aduan terhadap Jabatan Integriti PDT)

Hadir ke Pejabat
Hadir sendiri atau bersama saksi kejadian ke Jabatan Integriti PDT di alamat :
No 44, Jalan Padi Emas 1/2, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia
Borang Jabatan Integriti

e-Borang Pemberian Hadiah

e-Borang Penerimaan Hadiah

Borang Aduan PDT

Borang Deklarasi Kepentingan Am

e-Borang Vendor Integrity Pledge