Permodalan Darul Ta’zim (PDT) berbangga menjadi penyumbang dana bagi Kursus Jangka Pendek dan Latihan Profesionalisme Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri Johor bagi tahun 2019.
Inisiatif ini selari dengan teras utama PDT sebagai salah satu syarikat berkaitan kerajaan negeri yang memangkin penglibatan guru sebagai penyampai ilmu bagi pendidikan agama Islam di negeri Johor.
Sehingga kini lebih 1,000 orang guru telahpun mengikuti kursus jangka pendek ini membabitkan peruntukan bernilai RM300,000 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).