Mengambil keberkatan di bulan Ramadan serta mengeratkan hubungan silaturahim, Permodalan Darul Ta’zim (PDT) telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadan dan Khatam Al-Quran bersama-sama anak syarikat kumpulan.

Majlis Khatam Al-Quran diketuai YB Dato’ Ramlee A Rahman, Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT dan bacaan dipimpin oleh Tuan Haji Baharin Jalal, Ketua Penolong Pengarah Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Ia turut disertai barisan pengurusan serta para kakitangan PDT dan anak syarikat kumpulan.

Majlis juga diserikan dengan pengisian ilmiah, Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Tuan Haji Baharin.

Terima kasih kepada Kelab Kakitangan PDT yang turut bersama-sama menjayakan majlis ini.