eramai 40 kedi dan pekerja Johor Golf & Country Club (JGCC) hari ini menerima pek bantuan barangan keperluan harian.
Sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban ekoran sumber pendapatan mereka terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semua aktiviti melibatkan orang ramai seperti bersukan termasuklah pertandingan golf tidak dibenarkan sepanjang penguatkuasaan PKP bagi memerangi COVID-19.
Sebelum ini, Permodalan Darul Ta’zim (PDT) telah menerima permohonan bantuan daripada pihak JGCC bagi membantu meringankan beban mereka.
Bantuan yang disampaikan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu adalah berbentuk makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan keperluan penting yang lain.
Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka menjalani kehidupan seharian.