Ketua Eksekutif (Kumpulan) Permodalan Darul Ta’zim (PDT), YB Dato’ Ramlee A Rahman menghadiri sesi temu bual di Mini Konti BERNAMA Radio, Johor Bahru.
Temu bual yang dikendalikan oleh Peneraju, Irfan Faruqi bersiaran secara langsung dengan membawa topik ‘PDT Memperkasa Ekonomi Johor’.
YB Dato’ Ramlee turut berkesempatan melawat Pusat Media Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) yang menempatkan 60 kakitangannya yang bertugas sempena Pilihan Raya Negeri Johor.
Turut bersama-sama Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor Azmi Md Omar; Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita BERNAMA, Harlina Samson dan Penerbit Rancangan BERNAMA Radio, Fahmi Idris.