Kunjungan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Pemodalan Darul Ta’zim (PDT), YB Dato’ Haji Baderi Dasuki ke Pejabat Pengurusan PDT di Johor Bahru, hari ini.
Kunjungan tersebut bagi menghadiri sesi temu bual bersama-sama wakil dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Lutfan Jaes bagi menyingkap sejarah penubuhan PDT dan perkembangannya.
Sejak 27 tahun penubuhan PDT, Dato’ Haji Baderi merupakan salah seorang yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PDT pada tahun 2001 hingga 2004.
Sesi temu bual tersebut turut disertai Ketua Eksekutif PDT, Tuan Haji Lukman Abu Bakar.