Tuan Haji Lukman Abu Bakar mengetik kad perakam waktu kerja buat kali terakhir di pejabat pengurusan Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd. (PDT) di Uda Business Centre, Johor Bahru.
Terdahulu beliau menghadiri sesi ‘Sekalung Budi, Seindah Memori’ bagi menghargai jasa dan khidmat bakti beliau dalam menerajui kepimpinan PDT sejak 2014.