Mesyuarat Lembaga Pengarah PDT Oil & Gas Services Sdn. Bhd. (PDT O&G) Kali Ke-2 diadakan hari ini, di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad, selaku Pengerusi PDT O&G.
Turut hadir, Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Ir. Haji Kormain Mohd Noor; Haji Lukman Abu Bakar dan Pengarah PDT O&G, Haji Mohd Shahrin Dato’ Rahmat.
Hadir sama, barisan pengurusan tertinggi PDT O&G.