Sesi Menandatangani ‘Implementation, Coordination and Monitoring Agreement’ melibatkan pemasangan sistem solar di bangunan milik Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) telah diadakan pada 18 Januari lalu.
Sesi tandatangan tersebut disempurnakan oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) Permodalan Darul Ta’zim (PDT), YB Dato’ Ramlee A Rahman; Yang DiPertua MDSR, Abdul Hakim Abd Manap dan Ketua Pegawai Eksekutif United Solar Energy Malaysia (USEM), Adila Ahmad Ishak.
Menerusi perjanjian ini, PDT dan USEM akan memberikan komitmen terhadap pelaksanaan projek pemasangan panel solar di bumbung bangunan milik MDSR bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Projek pemasangan panel solar menerusi inisiatif Supply Agreement Of Renewable Energy (SARE) ini sedang dijalankan di bangunan-bangunan milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Johor.
Pelaksanaan projek ini antara lainnya bagi menyokong program Masyarakat Rendah Karbon di negeri ini, selain matlamat kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).