Kerja-kerja pemasangan panel solar di bumbung bangunan milik Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah dilaksanakan pada awal Januari lalu.
Ia melibatkan Unit Stor MPBP yang telah selesai dipasang, dengan saiz sistem sebanyak 21.75 kWp yang dapat menghasilkan penjanaan tenaga tahunan berjumlah 27,904.71 kWh.
Projek kerjasama PDT-USEM ini dilaksanakan menerusi inisiatif Supply Agreement of Renewable Energy (SARE).
Sebanyak dua bangunan milik MPBP akan dilengkapi sistem solar yang antara lainnya bakal memberi penjimatan tenaga serta menyokong inisiatif kelestarian alam sekitar.