Sesi Perbincangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2020 diadakan hari ini bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB Vidyananthan A/L Ramanadhan.
Perbincangan tersebut melibatkan wakil-wakil dari jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi meneliti senarai KPI yang akan dimuktamadkan.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat, YBM Tunku Zahrah Tunku Osman.
Permodalan Darul Ta’zim (PDT) turut terlibat dalam sesi perbincangan tersebut yang diwakili oleh Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek, Azman Jaafar.