Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Kontinjen Johor sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi pada 15 Oktober lalu.

Seramai 242 atlet dan 120 pegawai serta jurulatih menerima insentif tersebut dengan jumlah keseluruhan lebih RM1.3 juta.

Pada majlis tersebut, Permodalan Darul Ta’zim (PDT) yang diwakili Timbalan Presiden Korporat dan Kewangan, Dzulkifly Hassan telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,000.00 sebagai rakan strategik dan antara penaja rasmi SUKMA 2022.

Temasya tersebut yang berlangsung pada 16 hingga 24 September lalu telah mencipta sejarah apabila Johor dinobat selaku juara keseluruhan.